The 7 Vital Roles Of An Effective Leader

Video-video Inspirasi dari seorang Guru Leadership di Malaysia, Ibu Hanim, bagaimana untuk menjadi seorang Pemimpin yang efektif dalam Organisasi anda untuk menghadapi segala Cabaran atau Tantangan di Era New Normal masa ini.

  • 4.9
  • Orang
  • EPISODE 1: Apakah itu pemimpin yang efektif?

    Sinopsis:
    Pemimpin yang efektif adalah pemimpin yang boleh memimpin mengikut keadaan yang sesuai mengikut zaman, situasi, dan pengikutnya. Kalau kita gunakan cara kepimpinan lama untuk memimpin dalam dunia norma baharu ini, mungkin tidak lagi efektif. Dunia norma baharu adalah dunia VUCA. ‘Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity’ Apakah itu dunia norma baharu atau dunia VUCA ini? Apa yang akan berlaku sekiranya kita tidak menyesuaikan cara kepimpinan kita mengikut dunia VUCA?

     

    EPISODE 2: Trusted Role Model

    Sinopsis:
    Kenapa perlu kita jadi ‘trusted role model’? Kita sebagai pemimpin sama ada di rumah sebagai pemimpin keluarga atau pemimpin di pejabat sebagai pengusaha syarikat, semua pengikut kita akan melihat cara kita melakukan sesuatu. Mereka akan melihat cara kita bercakap, cara kita berjalan, cara kita bertindak dan cara kita membuat keputusan. Penting untuk kita sebagai pemimpin untuk kita tunjukkan yang terbaik untuk pengikut kita. Bagaimanakah caranya untuk kita menjadikan tindakan, perlakukan dan percakapan kita boleh membentuk kepercayaan di kalangan pengikut dan seterusnya menjadi ikutan mereka?

     

    EPISODE 3: Challenging Status Quo

    Sinopsis:
    “Only secure leaders give power to others”. Apakah perbezaan di antara ‘secure leaders’ dan ‘insecure leaders’? ‘Secure leaders’ adalah seorang pemimpin yang menghabiskan masa mereka mengenalpasti bakal pemimpin baru serta membentuk mereka menjadi pemimpin yang hebat. ‘Insecure leaders’ mempunyai perasaan takut atau syak wasangka untuk membentuk pemimpin lain kerana mereka khuatir sekiranya pemimpin baru ini menjadi lebih hebat dari mereka. Sekiranya kita mahu mencabar ‘status quo’, kita perlu menjadi ‘secure leaders’. Bagaimana caranya untuk kita menjadi ‘secure leaders’ dan seterusnya mempraktikkan peranan pemimpin yang efektif?

     

    EPISODE 4: Know Your People

    Sinopsis:
    Kenali pengikut anda. ‘Leaders add value by serving others’. Kita kena kenal dan fahami harapan, matlamat dan impian pengikutnya. Sekiranya kita tahu perkara-perkara ini, lebih mudah untuk kita fikirkan cara untuk kita bantu mereka capai perkara-perkara tersebut. Perkara yang paling penting sebagai seorang pemimpin adalah untuk pastikan mereka berjaya. Antara kesilapan utama pemimpin yang kurang pengalaman adalah mereka terlalu cepat untuk memimpin sebelum mengenali pengikut mereka. Pemimpin yang matang dan efektif memilih untuk mendengar dahulu, belajar dan fahami, seterusnya barulah mereka memimpin. Adalah sangat penting untuk kita kenali pengikut kita terlebih dahulu sebelum mula memimpin. Langkah pertama untuk mengenali pengikut kita adalah dengan mengubah diri kita…


    EPISODE 5: Aligning Everyone Towards the Same Direction

    Sinopsis:
    Sesiapa sahaja boleh mengemudi kapal tetapi ia memerlukan pemimpin untuk memberikan hala tuju kapal tersebut. Pemimpin yang efektif bukan sahaja tahu tentang hala tuju syarikat tetapi juga tahu untuk mengajak pengikutnya bersama-sama ke arah hala tuju yang sama. Oleh sebab itu, sangat penting untuk sesebuah syarikat mempunyai misi, visi dan nilai perkongsian yang jelas. Pemimpin perlu menyampaikan tentang ketiga-tiga perkara ini dengan jelas kepada pengikut-pengikutnya…

     

    EPISODE 6: Keep Your Eyes on the Score

    Sinopsis:
    Sangat penting untuk kita sentiasa fokus kepada matlamat. Kebanyakan daripada kita atau pengikut kita sangat sibuk dengan tugasan tapi persoalannya, adakah kita semakin hampir dengan matlamat yang kita nak capai? Sekiranya kita sebagai pemimpin tidak peka terhadap matlamat atau tidak jelas dengan matlamat tersebut, pasti pengikut kita juga akan hadapi perkara yang sama. Ini adalah antara punca utama sesebuah syarikat itu menjadi huru-hara…

     

    EPISODE 7: Support Process and Monitor Result

    Sinopsis:
    Edwards Deming, pakar pengurusan kualiti mengatakan bahawa 94% masalah dalam perniagaan adalah disebabkan oleh sistem, hanya 6% masalah berlaku disebabkan oleh manusia. Peranan yang keenam ini adalah tentang peranan pemimpin yang efektif iaitu mendokong proses dan memantau hasil. Pemimpin yang kurang efektif kebiasaannya memantau proses yang dilakukan oleh semua pengikutnya dan menyebabkan pemimpin menjadi penat dan tidak ada masa untuk melakukan tugas sebenar mereka sebagai pemimpin…

     

    EPISODE 8: Build Winning Team and High Performing Culture

    Sinopsis:
    Setiap pemimpin atau pengusaha perniagaan mahukan ahli pasukan yang berpotensi untuk membentuk pasukan impian dan juga membentuk sebuah budaya berprestasi tinggi. Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh seseorang pemimpin untuk mencari dan membentuk pasukan impian? Kadang-kadang, potensi yang tertanam dalam diri pengikut-pengikut kita sukar untuk kita lihat tetapi ada caranya untuk kita menarik atau ‘attract’ mereka. Dalam masa yang sama, kita mahukan sebuah budaya yang berupaya untuk menggerakkan syarikat dengan lebih pantas dan proaktif ke arah matlamat yang kita mahukan. Langkah pertama yang kita perlu buat sebagai pemimpin yang efektif adalah bermula dengan diri kita sendiri…

     

    EPISODE 9: Rumusan

    Sinopsis:
    Setelah kita belajar tentang ketujuh-tujuh peranan penting pemimpin yang efektif, Ibu boleh rumuskan bahawa kepimpinan sangat penting bagi mengelakkan huru-hara dan kejatuhan sesebuah syarikat. Setiap perkara yang berlaku dalam setiap syarikat adalah disebabkan oleh pemimpin.

  • Profil Coach

    Datuk Faridah Hanim Haron (Ibu Hanim) Coach

    Datuk Faridah Hanim Haron atau lebih mesra dikenali sebagai Ibu Hanim, ialah Presiden Annems Leadership Solution dan Annems International Sdn Bhd. Pada tahun 2017 beliau telah terpilih menerima anugerah ‘Panglima Mahkota Wilayah’ yang membawa gelaran ‘Datuk’ dari Yang Di-Pertuan Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, diatas sumbangan beliau ketika berkhidmat sebagai Penasihat Pembangunan Kepimpinan dan Pembelajaran di SPRM. Beliau juga merupakan guru kepada lebih dari 300 syarikat dan penasihat kepada 15 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bertaraf Growth di seluruh Malaysia.


    Beliau mempunyai hampir 25 tahun pengalaman dalam bidang Pembangunan Modal Insan termasuk mengetuai projek-projek Perubahan, Transformasi dan Pembangunan Organisasi serta projek-projek yang bertumpu kepada Peningkatan Kualiti. Selain itu, beliau merupakan Certified Professional FacilitatorTM yang melayakkan beliau menjadi pemudah cara bagi menyelesaikan isu-isu yang kompleks. Beliau juga berkelulusan MBA (Keusahawanan) dari Institut Keusahawanan Australia sekali gus membuktikan kredibiliti beliau sebagai seorang yang arif tentang dunia keusahawaan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh usahawan.



    Pengalaman luas beliau sebagai Pakar Pembangunan Organisasi/Pengurusan Perubahan dan Pembangunan Kepimpinan serta Pembelajaran di PETRONAS, Syarikat Minyak Negara diiktiraf dunia sebagai syarikat Fortune 500 telah mengangkat kewibawaan beliau. Datuk Faridah Hanim Haron menerima banyak jemputan untuk menjadi penasihat kepada syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkenal di Malaysia.


    Datuk Faridah Hanim Haron merupakan:
    1. Pengasas Annems Leadership Solution Sdn Bhd
    2. Pengasas dan Pemegang Saham Annems Anderson Capital Bhd
    3. Mantan Penasihat Pembangunan Kepimpinan dan Pembelajaran di SPRM.
    4. Ahli Lembaga Pengarah ACT Consulting (Salah satu anak syarikat ESQ Group Indonesia).
    5. Ahli Lembaga Pengarah dan Penasihat MDC Asia Link Berhad
    6. Ahli Lembaga Pengarah Precession Capital Berhad
    7. Penasihat Organisasi dan Kepimpinan NSTY Worldwide & NCIG
    8. Penasihat Organisasi Jamu Tun Teja Sdn Bdn
    9.  Penasihat Organisasi Raffelinna Sdn Bdn (Sisfel)
    10. Penasihat Organisasi Oshien2u Sdn Bhd (Dexandra)
    11. Penasihat Organisasi Dataran Tok Mydeen Sdn Bhd (DCCU).
    12. Penasihat Organisasi By Chefiza Sdn Bhd (BCF)
    13. Penasihat Organisasi Flenaz Synergy Sdn Bhd (Bantal Leyna)
    14. Penasihat Organisasi Zafesha Network and Marketing Sdn Bhd (Zafesha).
    15. Penasihat Organisasi NFH Boutique Gallery Sdn Bhd (NFH).
    16. Penasihat Organisasi Fasyeera Empire Sdn Bhd (Charms).
    17. Penasihat Organisasi SilverTech Synergy Sdn Bhd
    18. Penasihat Organisasi Blyon Group Bhd.
    19. Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Buku Negara.

    Kini, beliau sangat komited dalam usaha membantu, memberi nasihat dan membimbing syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selari dengan visi dan misi melahirkan syarikat-syarikat tempatan yang bakal menjadi kebanggaan negara.

    Demi memastikan visi dan misi beliau menjadi kenyataan, beliau telah menubuhkan sebuah lagi syarikat bernama Annems Andersons Capital Berhad yang fokus dalam mengenal pasti, melakukan inkubasi dan merancang gerak kerja membawa syarikat-syarikat PKS ke arah menjadi ‘Syarikat Tersenarai Awam’ (Public Listed Company).


    Pada tahun 2019, Datuk Faridah Hanim Haron telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Industri (Latihan dan Konsultansi Perniagaan) di Majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2019 oleh Niaga Times dan juga Anugerah Khas di Majlis ‘The Young Council CEO Award’. Kedua-dua anugerah ini turut disampaikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md Yusof (Menteri Pembangunan Usahawan).

     


    Antara pengalaman beliau termasuk : 

    Bekerjasama dengan beberapa Konsultan Perniagaan Antarabangsa yang terkemuka (antaranya: McKinsey, Crosby, Boston, Accenture, Denison, Partners in Leadership dan lain-lain). Hasil gandingan ini telah memperlihatkan terciptanya pelbagai formula bernas dan kaedah berkesan untuk pembangunan organisasi dan kelestarian perniagaan.

    Selain itu, beliau telah mengendalikan program-program latihan dan konsultansi melibatkan usaha sama dengan beberapa syarikat di dalam dan luar negara.


    Datuk Faridah Hanim Haron juga telah beberapa kali dilantik sebagai Ketua Hakim di Konvensyen Kualiti Petronas selain berkhidmat sebagai Perunding Perubahan dan Penasihat yang secara tidak langsung meningkatkan pengalaman beliau dalam mengurus projek-projek transformasi perniagaan yang kompleks serta memerlukan kemahiran Pembangunan Organisasi dan Pengurusan Perubahan dalam menghasilkan keberkesanan strategi dan pendekatan taktikal. Kejayaan beliau terbukti setelah banyak organisasi dan perniagaan mencapai kemajuan dalam memastikan ketahanan dan konsistensi dari segi prestasi.


    Beliau telah membentangkan banyak kertas kerja di beberapa seminar, forum dan persidangan serta melaksanakan projek transformasi di dalam dan luar negara.




    Kelayakan:
    1. MBA in Entrepreneurial
    2. Sijil Professional Facilitator, CPFTM 
    3. Certified Lead Auditor for ISO9000
    4. Certified STRADA Experiential Learning Methodologies Certified in MBTI® Step I & Step II (EIR) Certified Personality Traits SHL OPQ32©
    5. Certified Talent Finder©
    6. Certified Facilitator in Change the Culture Change the Game© Certified DC Psychology International Trainer
    7. Certified Human Drive and Motivation Trainer Certified Dynamic Speaking Trainer
    8. Certified Colour Brain Communication Certified Curriculum Development
    9. Dan beberapa lagi sijil kelulusan professional yang lain.

RM 200
RM 67

Pakej ini merangkumi :

10 Video
Sijil

Sijil :


Info :

COMINGSOON

Link ini akan tersedia dalam waktu dekat.