Spiritual: Self Control

Berbagai penelitian menunjukkan bahawa kemampuan mengendalikan diri adalah hal yang menentukan kejayaan seseorang. Dalam setiap sesi, Anda akan dibimbing secara bertahap agar menjadi seseorang yang mampu memiliki kecekapan mengurus emosi.

  • 4.9
  • Orang
  • SINOPSIS

    • EPISOD 1: REVIEW SELF CONTROL

      Sinopsis:

      Setelah Anda belajar menentukan misi dan membangun karakter, Anda akan diajak untuk memahami apa yang menyebabkan seseorang gagal dalam mencapai tujuan. Di dalam episod ini, Anda akan menemukan apa cabaran-cabaran itu dan menemukan strategi untuk mengatasinya. Apabila Anda mampu menjalankan tips dalam setiap episod ini, Anda akan melihat, mendengar, dan merasa bahawa Anda mudah menjadi orang yang lebih berjaya. Saksikan episod Self Control yang akan membantu Anda untuk berjaya dan bahagia.

    • EPISOD 2: SELF CONTROL DAN KEJAYAAN

      Sinopsis:

      Self control adalah salah satu kunci keberhasilan. Melalui dua kisah yang sangat menginspirasikan, kita akan menyedari bahawa 'self control' terbukti menjadi faktor penting sama ada kita berjaya atau sebaliknya. Kita akan bahaskan secara terperinci satu persatu, tentang bagaimana strategi dan teknik membangun kemampuan self control yang menjadi kunci keberhasilan dunia dan akhirat kita.

    • EPISOD 3: MELATIH OTOT SELF CONTROL

      Sinopsis:

      Kalau kita ingin membangun otot di badan, itu mudah. Kita boleh lalukan latihan angkat berat, push up dan sit up. Untuk membina otot di fizikal kita lebih mudah dan cepat nampak hasilnya. Namun, bagaimana untuk membina otot jiwa yang memiliki kemampuan self control yang hebat? Perbagai strategi, ilmu, kajian yang telah dijalankan oleh ahli-ahli prikologi ternama, namun ternyata caranya sudah ada 1,400 tahun yang lalu. Temukan rahsia besar bagaimana untuk membangun orang-orang yang sukses melalui kemampuan self controlling dalam video ini.

    • EPISOD 4: KEMERDEKAAN SEJATI

      Sinopsis:

      Banyak orang yang di hatinya merasakan beban berat disebabkan rasa dendam, dengki, benci, dan ego yang tersimpan lama di hati. Akibatnya fitrah tidak boleh dikeluarkan. Bagaimana melepaskan semua yang membuat hati kita menjadi tidak merdeka? Ingin tahu rahsianya? Ikuti video ini.

    • EPISOD 5: MENJAGA FITRAH

      Sinopsis:

      Apabila di depan rumah Anda ada pokok mangga yang dipenuhi serangga perosak, bagaimana cara Anda membersihkannya? Apakah Anda akan membersihkan hanya serangga perosaknya atau terus menebang pohonnya,walaupun buahnya sedang ranum dan sedia untuk dipetik? Video ini menjelaskan tentang kepentingan puasa sebagai cara efektif self control dan cara bagaimana menjaga fitrah diri. Nak tahu rahsianya? Saksikan video berikut ini.

    • EPISOD 6: MENGENDALIKAN EMOSI

      Sinopsis:

      Mancis api akan menyala apabila di gores kepalanya. Manusia, adakalanya juga seperti itu. Itulah perumpamaan bagi orang yang mudah marah. Akibatnya, manusia menjadi buta dan tuli. Itulah sebabnya kita perlu memiliki kecerdasan emosi agar tidak mudah terbakar, menyala, atau bereaksi. Ingin tahu caranya? Ikuti video ini.

    • EPISOD 7: MENJAGA PRINSIP

      Sinopsis:

      Banyak orang yang bergerak kerana emosi atau amarah. Hitler bergerak kerana dendam sehingga dia membinasakan banyak orang di Eropah. Banyak juga orang yang menjalankan perniagaan kerana digerakkan oleh keinginan untuk membuktikan dirinya hebat. Apa akibatnya jika kita dikendalikan oleh emosi, dendamdan amarah? Apa yang sepatutnya menjadi pembimbing setiap langkah kita untuk kita berjaya? Ikuti video ini.

    • EPISOD 8: TETAP DALAM TUJUAN

      Sinopsis:

      Banyak orang akan membuat perancangan tugasan yang perlu dilakukan, setiap hari. Namun, belum pun tugasan yang dirancang itu diselesaikan, tugasan-tugasan yang tidak berkenaan dan tidak penting juga dilakukan. Jadinya, tugasan yang sepatutnya diselesaikan, tertangguh. Mengapa perkara ini terjadi? Ini terjadi kerana kita lupa kepada tujuan. Kita selalu lupa akan hal yang sepatutnya kita lakukan. Apa sebenarnya tujuan hakiki hidup kita? Bagaimana agar kita sentiasa fokus pada tujuan hakiki tersebut? Ikuti video berikut ini.

    • EPISOD 9: RAJA DALAM DIRI

      Sinopsis:

      Raja Prusia suatu hari berjalan di dalam sebuah gang. Semua orang minggir dan merundukkan kepalanya. Namun, ada orang tua yang berjalan dengan terburu-buru, tidak mau ke pinggir. Raha Prusia yang gagah ini heran, kok berani sekali orang tersebut. Lalu sang Raja Prusia berkata, "Hai orang tua siapa kamu? Tidak kenalkah kamu? Saya adalah Raja Prusia, pengusaha tanah Prusia?" Apa jawaban lelaki itu? Apa makna dari kisah tersebut? Ikuti video ini.

    • EPISOD 10: FAST TRACK

      Sinopsis:

      Bagaimana reaksi Anda apabila terjumpa dengan ular atau binatang berbisa? Anda pasti akan takut dan bereaksi spontan dengan menjerit, lari atau memukul ular atau binatang berbisa itu dengan suatu yang berdekatan Anda, bukan? Bagaimana jika hal itu terjadi ketika Anda berinteraksi dengan keluarga? Apa bahayanya? Ikuti tayangan video ini.

    • EPISOD 11: TIGA REAKSI

      Sinopsis:

      Ada tiga jenis reaksi manusia iaitu ‘physical reaction’, ‘emotional reaction’ dan ‘spiritual reaction’. Apa pengertian dari ketiga-tiga reaksi tersebut? Apa yang menyebabkan timbulnya reaksi tersebut? Mana yang sering kita lakukan, dan bagaimana sepatutnya? Pelajari dalam video berikut ini.

    • EPISOD 12: MAJU MUNDUR

      Sinopsis:

      Ketika sedang berada di jalan raya, di hadapan sana, lampu isyarat sudah berlampu kuning. Apa yang Anda lakukan? Ada dua reaksi yang berbeza; ada yang mempercepatkan kenderaan dan ada yang memperlahankan kenderaan. Apa yang menjadi penyebab kedua situasi ini? Mengapa muncul dua situasi berbeza ini? Bagaimana sepatutnya? Saksikan bersama video ini.

    • EPISOD 13: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN DATANG BERSAMAAN

      Sinopsis:

      Ada sebuah metafora bahawa ketika kita menanam padi, biasanya rumput pun tumbuh juga. Pesawah perlu meracuni dan membersihkan rumput yang tumbuh. Begitu juga ketika kita ingin menanamkan kebaikan, prasangka juga hadir sekali. Bagaimana kita boleh mengatasi keadaan ni? Saksikan bersama video ini.

    • EPISOD 14: SIX SECOND PAUSE

      Sinopsis:

      Hasil kajian Daniel Goleman pada tahun 1980 mengatakan bahawa orang-orang yang berjaya, dimotivasikan oleh kecerdasan intelektualnya yang hanya berperanan tidak lebih dari 20%. Kajian ini mengubah paradigma dunia tentang bagaimana cara mencapai sebuah kejayaan. Salah satu dari konsep tersebut adalah bagaimana orang-orang yang berjaya mampu untuk menahan kemarahanya. Ingin tahu rahsianya? Saksikan di video ini untuk jawapannya.

    • EPISOD 15: BODY MOVE ON

      Sinopsis:

      Ketika kita dipengaruhi emosi maka fisiologi tubuh kita pun terpengaruh. Apa perubahan yang terjadi pada diri kita saat terjadi rangsangan emosi? Perkataan emosi ada hubungannya dengan perkataan ‘energy’ (tenaga) dan motion (pergerakan). Dan 2 hal ini ada kaitannya dengan solusi mengendalikan emosi ini. Ingin tahu caranya? Ikuti video berharga ini.

    • EPISOD 16: KETENANGAN

      Sinopsis:

      Penelitian menunjukkan betapa luar biasanya kemampuan kita apabila berada dalam keadaan alfa, rileks, berfikiran positif atau dalam kata lain berada dalam dimensi cerdas serta penuh rahmat dan barakah. Sesungguhnya ada cara bagaimana untuk melatihnya. Ingin tahu bagaimana perkara ini boleh terjadi? Saksikan video ini.

    • EPISOD 17: RAHSIA MENGURUS EMOSI

      Sinopsis:

      Menurut kajian, kunci mengurus emosi adalah ‘six second pause’, iaitu berdiam diri selama 6 saat ketika berasa marah. Konsep selanjutnya adalah melalui gerakan dan kata-kata. Ini adalah rahsia terapi diri yang sangat luar biasa. Apakah itu? Ikuti video ini.

    • EPISOD 18: ALIGNMENT

      Sinopsis:

      Di dalam filem-filem perang, kita sering menyaksikan bagaimana tentera-tentera bersiap sedia untuk bertempur. Kebiasaannya, ada pasukan musik khusus yang mengiringinya untuk membangkitkan semangat dan jiwa patriotisme. Mengapa demikian? Temukan maknanya pada video berikut.

    • EPISOD 19: PROBLEM STATEMENT

      Sinopsis:

      Ada seseorang yang sangat berjaya dan terkenal bernama Azim Premji. Beliau mengatakan bahawa, “you can't solve the problem if you can't act knowledge the problem,”. Maksudnya kita tidak akan mampu memberikan solusi sebelum kita mengakui kelemahan kekurangan kita. Ini adalah sebuah program yang dinamakan ‘Problem Statement’. Apakah itu? Gali maknanya dalam video berikut ini.

    • EPISOD 20: CRITICAL AREA

      Sinopsis:

      Pada saat Nabi Musa as. dikejar tentera Firaun dan di depannya terbentang lautan lepas, para pengikutnya ketakutan dan bertanya apa yang akan dilakukan. Nabi Musa as, menjawab, “Allah bersama kita.” Lalu tongkatnya dipukulkan ke laut merah dan laut merah terbelah. Dalam video ini, kisah tersebut menjelaskan tentang ‘critical area’ yang ada dalam diri manusia. Ingin tahu apa disebalik kisah dan fenomena tersebut? Apa maknanya untuk kehidupan kita. Saksikan video ini.

    • EPISOD 21: DIAM

      Sinopsis:

      Setiap orang memerlukan waktu refleksi. Hal ini secara ilmiah sudah dikatakan dan dibuktikan oleh para psikologi terkenal. Faktor kejayaan kepimpinan organisasi juga diperakui melalui melakukan refleksi ini. Ingin tahu lebih dalam tentang waktu refleksi yang menjadi rahsia kejayaan? Ikuti video ini.

    • EPISOD 22: APA YANG ANDA MAKAN?

      Sinopsis:

      Di New Zealand, sebuah kajian terhadap pola pemakanan yang baik dan tidak baik, dilakukan ke atas 4 ribu orang pelajar. Ternyata orang yang memiliki pola pemakanan yang baik, menunjukkan kesihatan mental yang jauh lebih baik, jarang stress, jarang mengalami tekanan diri. Oleh kerana itu ada istilah yang mengatakan “you are what you eat”. Apa maksud kalimat tersebut dan apa pengaruh makanan pada kejayaan?

    • EPISOD 23: POLA TIDUR

      Sinopsis:

      Adakah Anda pernah mengalami keadaan sukar untuk tidur? Kenapa? Sukar untuk tidur bukan hanya kerana banyak yang difikirkan namun boleh jadi juga kerana terlalu banyak istirahat. Saat Anda tenang, santai, kurang gerak kemungkinan sekali sukar tidur. Bandingkan dengan setelah penat bekerja dan sungguh-sungguh atau setelah bersukan. Apa yang terjadi? Mengapa demikian? Temukan rahsianya dalam video ini.

    • EPISOD 24: BREATHING TECHNIQUE

      Sinopsis:

      Breathing technique ini biasanya dipakai oleh ahli-ahli bela diri. Bela diri Jepun sangat memperhatikan breathing technique ini. Anda tidak boleh mendapat sabuk hitam kalau Anda belum tahu ilmu sanchin atau ilmu pernafasan. Ternyata pernafasan bukan hanya diperlukan di saat pertandingan bela diri sahaja. Nak tahu rahsia kehebatan teknik pernafasan dalam berbagai aspek kehidupan? Ikuti video ini.

    • EPISOD 25: TEKNIK ON THE SPOT

      Sinopsis:

      Video ini menyimpulkan tentang 6 cara dalam menghadapi berbagai cabaran. Dalam video ini akan dijelaskan pada Anda bagaimana 6 cara tersebut membantu membuat kita menjadi seorang yang mahir dalam mengurus emosi atau emotional intelligent.

    • EPISOD 26: LATIHAN

      Sinopsis:

      Untuk menjadi pemain bola yang hebat, tidak cukup hanya berimpian tanpa benar-benar membuktikannya di dalam permainan. Mereka mesti melalui rutin pelatihan yang konsisten. Begitu juga untuk memiliki kecekapan emosi mesti ada disiplin rutin dipraktikkan. Bagaimana melaksanakan latihan kecekapan mengurus emosi? Pelajari dalam video ini.

    • EPISOD 27: RESPON

      Sinopsis:

      Ketika Nabi Muhammad SAW dilempar batu di Thaif, kemudian Jibril datang dan mengatakan saya siap untuk membalas. Nabi Muhammad malah mengatakan, “Tidak aku rahmat bagi semesta alam.” Apa erti kisah ini? Mengapa Rasulullah SAW tidak menerima tawaran malaikat? Kisah ini sesungguhnya menjelaskan tentang bagaimana respon kita terhadap sebuah peristiwa sangat menentukan keberhasilan.

    • EPISODE 28: KEMENANGAN

      Sinopsis:

      Ketika orang mendapatkan euforia kemenangan, apa yang dilakukan? Bersuka ria, mengadakan pesta ria, dan berbagai luapan emosi kegembiraan. Disaat mendapatkan kemenangan, kebanyakan orang menjadi ujub, riya, bahkan lupa diri. Namun apa yang terjadi saat Rasulullah s.a.wmenaklukan kota Mekkah? Apa yang dilakukan Baginda s.a.w? Video ini menjelaskan cara ketika kita meraih kemenangan. Ikuti dan temukan hikmahnya.

  • Profil Coach

    Dr. (H.C.) Ary Ginanjar Agustian Coach

    Dr. (HC) Ary Ginanjar Agustian adalah pengarang tokoh inovatif dan inspirasi buku ESQ terlaris yang telah terjual lebih dari 2.5 juta salinan. Dia juga merupakan tokoh di sebalik kejayaan Latihan ESQ fenomenal dengan alumni lebih daripada 1.7 juta orang yang tersebar di pelbagai negara di seluruh benua.

    Terlibat secara langsung dalam dunia perniagaan, salah satu pencapaiannya ialah menjadikan ESQ Tour Travel sebagai Jelajah Terbaik Dunia. Dia juga aktif sebagai seorang akademik melalui kampus emas yang dia tubuhkan ESQ Business School. Menubuhkan Menara 165 dengan 27 tingkat sebagai pusat pengembangan watak dan budaya nasional. Sebagai tokoh intelektual, dia juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga di ICMI selama beberapa tempoh.

    Dr. (H.C) Ary Ginanjar Agustian memperlihatkan dirinya sebagai tokoh berbakat, bermula dari seorang pemikir, motivator, ahli perniagaan, ahli akademik dan atlet. Pencapaian dalam bidang sukan adalah pemenang pingat perak dalam sukan Karate pada PON 12 pada tahun 1999 dan Juara Dunia Samurai Nakamura Ryu Battodo di Jepun pada tahun 2009. Kegiatan dalam pelbagai organisasi seperti Jujitsu Indonesia Board of Trustees dan FC Patriot 165.

RM 200
RM 19

Pakej ini merangkumi :

28 Video
Sijil

Sijil :


Info :

COMINGSOON

Link ini akan tersedia dalam waktu dekat.