Spiritual: Character Building
Pada modul ini, anda akan mendapatkan cara bagaimana untuk membangun peribadi. Salah satunya dengan kaedah pengulangan kerana cara ini akan menimbulkan kebiasaan dan kebiasaan ini akan membentuk peribadi. Anda akan belajar bagaimana untuk menjadi seorang yang hebat dengan cara mengubah paradigma dalam melihat sebuah masalah, supaya ia menjadi kesempatan untuk bangkit.
- Orang
-
-
Video
- EPISOD 1: HUBUNGAN ANTARA KARAKTER DENGAN VISI MISI
- EPISOD 2: KEBEBASAN MEMILIH
- EPISOD 3: TIGA SYARAT KEJAYAAN
- EPISOD 4: PANGGILAN JIWA (KISAH ALI 3)
- EPISOD 5: FITRAH SUMBER KARAKTER (KISAH ALI 4)
- EPISOD 6: KEKUATAN ALAM BAWAH SADAR 1 (KISAH ALI 5)
- EPISOD 7: NILAI BATU PERMATA (7 JENIS)
- EPISOD 8: KISAH BERLIAN (KISAH INTAN DAN BATU ARANG)
- EPISOD 9: KEKUATAN ALAM BAWAH SEDAR 2 (TETAPAN SEMULA AMYGDALA)
- EPISOD 10: KEKUATAN ALAM BAWAH SEDAR 3
- EPISOD 11: MEMBANGUN ALAM BAWAH SEDAR
- EPISOD 12: PENGALAMAN MENGUBAH PEMIKIRAN
- EPISOD 13: HIKMAH SOLAT
- EPISOD 14: KETENANGAN 1
- EPISOD 15: KETENANGAN 2
- EPISOD 16: MELATIH FOKUS
- EPISOD 17: RAHSIA PENGULANGAN
- EPISOD 18: MEKANISME PERUBAHAN
- EPISOD 19: KESAN PENGALAMAN POSITIF
- EPISOD 20: PENINGKATAN ESQ
- EPISOD 21: PEMBANGKIT DAN PENYEIMBANG TENAGA
- EPISOD 22: PENJERNIHAN AMYGDALA
- EPISOD 23: MEMBANGUN INTEGRITI
- EPISOD 24: MELATIH KEBIJAKSANAAN
- EPISOD 25: SOLAT MELATIH LEADERSHIP PRINCIPLE
- EPISOD 26: RESOLUSI
- EPISOD 27: AL FATIH MEMIMPIN SOLAT
- EPISOD 28: FENOMENA ADZAN
- EPISOD 29: SET DEFAULT
- EPISOD 30: ESQ REVIEW CHARACTER BUILDING
-
Video
-
SINOPSIS
EPISOD 1: HUBUNGAN ANTARA KARAKTER DENGAN VISI MISI
Sinopsis:
Pada episod ini akan dijelaskan bagaimana hubungan antara misi dan karakter, sekaligus apa yang dimaksudkan dengan kekuatan peribadi yang akan digambarkan melalui sebuah permainan yang dikenali sebagai Roller coaster. Pernahkah anda menaiki Roller coaster? Oleh itu, apa hubungan antara visi, misi dan karakter dengan permainan roller coaster? Temukan jawaapnnya pada video ini.
EPISOD 2: KEBEBASAN MEMILIH
Sinopsis:
Setelah melengkapkan pernyataan Misi, anda akan memahami cara untuk membina misi, visi, memiliki kemampuan untuk berfikir secara bebas, bertindak dan juga memahami penegasan. Akan tetapi, semua ini belum menjamin kejayaan seseorang. Rangkaian video berikut adalah mengenai rahsia Membina Karakter
EPISOD 3: TIGA SYARAT KEJAYAAN
Sinopsis:
Dalam video berikut anda akan diperkenalkan kepada tokoh legenda dunia yang sedang melonjak naik dan berada dalam hati manusia di seluruh dunia kerana kehebatan karakternya. Seseorang yang memiliki spiritual center, misi dan semangat yang membara, maka dia sudah memiliki tiga perkara sebagai kunci untuk seorang pemimpin. Apakah tiga kekuatan yang menjadi modal utama untuk membuat diri sentiasa maju.
EPISOD 4: PANGGILAN JIWA (KISAH ALI 3)
Sinopsis:
Semua orang menghadapi masalah yang sama: bencana, kemenangan, atau kejatuhan. Ada satu perkara yang membangun seseorang menjadi pemenang yang kuat. Sesuatu yang membuat seseorang memiliki sebuah panggilan hati nurani, sebuah panggilan, sebuah vocation atau pengabdian. Ketika hal itu sudah ada, maka manusia akan mengeluarkan segenap kekuatannya. Inilah formula untuk meningkatkan prestasi. Ingin mengetahui lebih lanjut? Ikuti program berikut.
EPISOD 5: FITRAH SUMBER KARAKTER (KISAH ALI 4)
Sinopsis:
Banyak orang yang tertipu kerana melihat sesuatu berdasarkan fizikal. Akan tetapi apa yang perlu kita lakukan adalah melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar dimana kebanyakan manusia tidak tahu. Hati manusia bekerja melebihi kekuatan yang lain. Pembinaan karakter adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat umpama akar yang menembusi jiwa. Ingin tahu rahsia bekerja dengan hati? Ikuti video ini.
EPISOD 6: KEKUATAN ALAM BAWAH SADAR 1 (KISAH ALI 5)
Sinopsis:
Pembinaan karakter bukan sekadar pembiasaan terhadap fizik, namun sesuatu yang sudah ditanamkan pada alam bawah sedar. Muhammad Ali adalah seorang juara dalam melakukan afirmasi. Pembinaan karakter bukanlah dibentukan kerana sistem, bukan juga dibentuk oleh pemimpin, tapi kemampuan seseorang untuk melakukan afirmasi. Anda juga dapat mengambil pengajaran untuk bangkit menjadi seorang juara bila-bila masa di mana sahaja dengan belajar dari Sang juara. Ingin tahu rahsianya? Ikuti video menarik ini.
EPISOD 7: NILAI BATU PERMATA (7 JENIS)
Sinopsis:
Jenis dan kualiti batu permata bergantung pada kekerasannya dan ini yang membuatkan harganya mahal. Diamond adalah yang paling keras, yang kedua adalah topaz. Sedangkan yang paling rendah adalah talc, di atasnya adalah gypsum. Apakah makna perumpaan batu permata dengan karakter manusia? Ikuti perbahasannya dalam video ini.
EPISOD 8: KISAH BERLIAN (KISAH INTAN DAN BATU ARANG)
Sinopsis:
Intan dan arang adalah dua benda yang memiliki unsur yang sama iaitu karbon. Walaupun unsurnya sama, namun keduannya nampak sangat berbeza, demikian juga nilainya sangat jauh berbeza. Video berikut akan memaparkan apa yang membezakan keduanya. Apa hubungannya dengan karakter manusia? Ikut pembelajaran berharga ini.
EPISOD 9: KEKUATAN ALAM BAWAH SEDAR 2 (TETAPAN SEMULA AMYGDALA)
Sinopsis:
Begitu banyak korban narkotik dab orang yang mati bunuh diri. Dalam setiap 40 saat seorang manusia membunuh diri di muka bumi ini. Tekanan-tekanan yang hebat, kalau kita tidak mampu menguruskannya, tidak mampu membersihkannya, tidak mustahil kita akan menjadi sebahagian daripada mangsa itu sendiri. Supaya kita dapat mengatur semula amygdala kita, mengatur semula sistem emosi kita, mengatur semula kejernihan mental kita.
EPISOD 10: KEKUATAN ALAM BAWAH SEDAR 3
Sinopsis:
Ketika kita masuk dalam sebuah cita-cita atau sebuah misi, kadang-kadan kita ragu-ragu dan merasa diri hanya sebagai orang biasa. Bagaimana ingin menghadapi situasi ini dan mengubahnya. Apabila takut bagaimana kita boleh mengatakan, “Yes, I can!” Ikuti video berharga ini.
EPISOD 11: MEMBANGUN ALAM BAWAH SADAR
Sinopsis:
Michael Jordan adalah orang yang terkenal dan sangat hebat. Namun banyak yang tidak mengetahui, bahawa dia pernah gagal 9,000 kali dalam menjaringkan bola dan kalah dalam 300 kali pertandingan. Dia juga pernah ditolak dari kelab bola keranjang kerana badannya kurang ketinggian. Apa kunci kejayaannya sehingga dia menjadi pemain bola keranjang yang hebat dan sangat dikagumi? Rahsianya ada pada video berikut.
EPISOD 12: PENGALAMAN MENGUBAH PEMIKIRAN
Sinopsis:
Michael Jordan adalah orang yang terkenal dan sangat hebat. Namun banyak yang tidak mengetahui, bahawa dia pernah gagal 9,000 kali dalam menjaringkan bola dan kalah dalam 300 kali pertandingan. Dia juga pernah ditolak dari kelab bola keranjang kerana badannya kurang ketinggian. Apa kunci kejayaannya sehingga dia menjadi pemain bola keranjang yang hebat dan sangat dikagumi? Rahsianya ada pada video berikut.
EPISOD 13: HIKMAH SOLAT
Sinopsis:
Apakah dasar asas yang diperlukan untuk menimbulkan rasa aman, tenteram, yang boleh menghasilkan kekuatan, hingga kita menjadi manusia yang kuat mentalitinya? Bagaimana agar memiliki ketabahan sehingga anda dapat berfikir dengan jelas dalam menghadapi ujian yang datang bertubi-tubi? Tonton video ini dengan teliti.
EPISOD 14: KETENANGAN 1
Sinopsis:
Penyelidikan Dr. Hilbert menyatakan bahwa maklumat yang tersebar di seluruh dunia adalah 315 kali lebih banyak daripada jumlah butiran pasir yang ada di seluruh dunia. Telegraf tersebut menyatakan bahawa rata-rata setiap orang menerima maklumat bersamaan dengan 174 surat khabar yang dibaca setiap hari. Bayangkan kerosakan seperti apa yang akan terjadi dan kesannya ternyata bahawa hasil penyelidikan fakulti perubatan San Francisco menyatakan bahawa 80?lam fikiran manusia adalah perkara negative yang kemudiannya mempengaruhi perasaan, tingkah laku, yang menyiksa jiwa dan raga. Di dalam situasi seperti ini, apakah kaedah ataou mekanisme untuk membangun karakter?
EPISOD 15: KETENANGAN 2
Sinopsis:
Sebuah kereta Formula 1, setiap kali habis sekian pusingan, ia pasti akan ke pit stop untuk mengganti roda dan memperbaiki yang lain. Kemudian membuat pusingan lagi dengan kelajuan yang tinggi sehingga 300 km/jam dan kembali ke pit stop. Bayangkan kalau Formula 1 tersebut tidak kembali ke pit stop apa yang akan terjadi? Apa hikmah disebalik perumpamaan ini? Saksikan dalam video ini.
EPISOD 16: MELATIH FOKUS
Sinopsis:
Apa yang membuatkan orang hebat itu berjaya? Kuncinya adalah fokus. Bagaimana caranya untuk mendapatkan fokus? Di beberapa negara maju mereka melakukan meditasi. Dalam buku “Working with Emotional Intelligence” karya Daniel Goleman disebutkan bahawa orang yang Berjaya adalah mereka yang mampu menenangkan diri dalam pelbagai tekanan. Ingin tahu bagaimana untuk mendapatkan fokus dalam kehidupan? Lihat video ini
EPISOD 17: RAHSIA PENGULANGAN
Sinopsis:
Malcolm Gladwell melakukan sebuah kajian terhadap beberapa pemain biola yang berlatih secara intensif. Hasilnya sungguh mengejutkan bahawa ketika mereka berlatih selama 10 ribu jam, mereka menjadi master dalam bermain biola. Maksudnya mereka berlatih dua jam sehari selama 12 tahun. Apakah kesannya jika mereka berlatih kurang dari 10 ribu jam? Ikuti video ini yang mendedahkan banyak hasil penyelidikan penting yang terbukti banyak orang abaikan untuk berjaya.
EPISOD 18: MEKANISME PERUBAHAN
Sinopsis:
Orang Jepun keliru ketika ditanya bagaimana mereka dilatih untuk mengamalkan nilai kejujuran. Apabila ditanya mengapa mereka tidak boleh menjawab, mereka mengatakan bahawa mungkin kejujuran adalah sebahagian daripada gen mereka. Orang Jepun sudah tidak perlu lagi diajar dan dilatih tentang kejujurankerana ia telah memasuki alam bawah sedar mereka. Ini bererti mereka tidak sedar bahawa mereka telah mempraktiskan nilai kejujuran. Video berikut akan membincangkan teori dan aplikasi mengenai cara menggabungkan nilai positif dan kejayaan sehingga ia menjadi sebahagian dari ‘gen’ diri sendiri. Saksikan video berharga ini.
EPISOD 19: KESAN PENGALAMAN POSITIF
Sinopsis:
Persekitaran sangat mempengaruhi alam bawah sedar kita. Apa yang kita lihat, rasa, dan dengar, semuanya memprogram diri kita, baik sedar atau tidak sedar. Setelah putus cinta, apabila terdengar lagu tentang patah hati, bayangkan bagaimana ianya akan mempengaruhi emosi kita. Apakah cara penyelesaiannya? Kita mesti mempunyai ubat untuk meneutralkannya. Ubat ini bukan narkotik, bukan ubat penenang. Apakah ubatnya? Saksikan dalam video ini jawapannya.
EPISOD 20: PENINGKATAN ESQ
Sinopsis:
Bilakah kecerdasan manusia itu dapat dioptimumkan? Bilakah kreativiti itu boleh timbul? Bilakah kerjasama, inisiatif dan perkara baik dapat muncul? Ini adalah kunci untuk membina peribadi. Sekiranya Berjaya berada dalam kedudukan itu, pasti akan ada kreativiti, nilai-nilai kemuliaan dan dapat mengeluarkan inisiatif yang boleh menjadi panduan atau cahaya dari dalam diri kita. Apakah ia? Ikuti video berharga ini.
EPISOD 21: PEMBANGKIT DAN PENYEIMBANG TENAGA
Sinopsis:
Bayangkan balon yang mengempis dan kemudian ditiupkan udara. Belon itu akan terus membesar. Begitu juga manusia, seperti belon, mesti dapat menerima tenaga positif di mana tenaga itu akan terus mengalir dalam bentuk inisiatif, kreativiti, dan idea baru. Bagaimana ia boleh terjadi? Saksikan video ini.
EPISOD 22: PENJERNIHAN AMYGDALA
Sinopsis:
70?ripada badan kita terdiri daripada air. Apabila perubahan berlaku kepada kita, air tersebut akan mempengaruhi jiwa kita. Semasa kita mencuci tangan, bukan hanya pembersihan secara fizikal yang dilakukan tetapi juga jiwa kita. Ketahui rahsia air yang mampu membuat diri kita sentiasa berada dalam dimensi kuantum, dimensi tenang, dimensi kedamaian sehingga kita dapat melihat dan membuat sesuatu yang istimewa. Ikuti video ini.
EPISOD 23: MEMBANGUN INTEGRITI
Sinopsis:
Ada seorang lelaki sederhana yang sepatutnya menerima wang pampasan tanah berjumlah RM 16421, malah mendapat hampir RM 146,617. Luar biasa! Apa yang berlaku? Dia mengembalikan wang itu dan melaporkan kepada panitia. Ketika ditanya mengapa dia mengembalikan wang sebanyak itu? Dia mendakwa bahawa dia tidak dapat tidur dan tidak dapat makan selama 3 hari sebelum mengembalikan wang tersebut. Mengapa perkara itu berlaku? Rahsia ada dalam video berikut.
EPISOD 24: MELATIH KEBIJAKSANAAN
Sinopsis:
Video berikut mengisahkan tentang penjaga rumah api di sebuah pulau terpencil. Bekalan minyak di pulau ini sangat terhad sementara populasinya tidak banyak. Pada satu masa, kapal yang membawa minyak terlambat datang sehingga penduduk kehabisan minyak. Akhirnya masyarakat datang ke penjaga rumah api. Kerana belas kasihan terhadap penduduk pulau yang hidup dalam kegelapan, penjaga rumah api memberikan sisa minyaknya. Apa yang akan terjadi? Cari makna kisah ini dalam video berikut.
EPISOD 25: SOLAT MELATIH LEADERSHIP PRINCIPLE
Sinopsis:
Ada sebuah hasil kajian terhadap orang yang berkerja ada 3 jenis iaitu: bersungguh-sungguh, orang yang tidak bersunggung-sungguh, dan orang yang merosakkan. Angkanya adalah seperti berikut, 50% orang yang bersungguh-sungguh, 30% orang yang tidak bersungguh-sungguh dan 20% selebihnya. Adakah mereka sengaja merosakkan organisasinya? Apakah cara penyelesaiannya? Cari jawapan dalam video berikut.
EPISOD 26: RESOLUSI
Sinopsis:
Sekarang mari kita nilai peribadi kita. Adakah kita termasuk dalam orang yang tidak bertanggungjawab dan kurang focus? Adakah kita termasuk dalam kalangan orang yang kadang-kadang sombong? Atau adakah kita termasuk dalam kalangan orang yang tidak peduli dengan masalah orang lain? Atau kita menemui orang yang pentingkan diri atau orang yang tidak menghargai masa? Apakah cara penyelesaiannya?
EPISOD 27: AL FATIH MEMIMPIN SHOLAT
Sinopsis:
Terdapat secangkir teh yang dimasukkan satu sudu gula, namun tidak terasa manis. Kemudian diletakkan 2-3 sudu besar gula namun masih tidak terasa manisnya. 5-6 sudu gula ditambah tapi masih lagi belum terasa manisnya. Bahkan setelah menambah 10 sudu gula juga tidak belum terasa lagi manisnya. Apa yang terjadi? Mengapa boleh jadi seperti ini? Apa kaitan perumpamaan tersebut dengan pembangunan karakter?
EPISOD 28: FENOMENA ADZAN
Sinopsis:
Bulan berputar mengelilingi bumi, bumi berputar mengelilingi matahari, matahari berputar mengelilingi galaksi. Tidak ada satu pun di alam semesta baik elektron, matahari, bulan, bintang, galaksi di angkasa, termasuk jiwa manusia yang keluar dari garis orbit. Apabila keluar dari garis orbit, maka terjadi kehancuran. Satu putaran tawaf satu rakaat.
EPISOD 29: SET DEFAULT
Sinopsis:
Kita mempunya set default masing-masing. Ibarat motosikal atau kereta, masing-masing ada set default-nya iaitu berapa banyak kelajuan yang boleh digunakan. Sekiranya kita terlebih had batasan maksimum, perasaan takut, risau, dan cemas akan muncul. Bila kita tidak dapat mengatasinya, maka hidup kita tidak akan mengalami peningkatan. Video berikut akan membuat anda memahami apa sebenarnya proses yang sedang berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasinya sehingga kita boleh terus maju. Tonton episode berikut.
EPISOD 30: ESQ REVIEW CHARACTER BUILDING
Sinopsis:
Steven R Covey berkata bahawa tidak ada benda lain yang boleh membentuk karakter melainkan dengan cara menajamkan jiwa atau dengan kata lain mengasah gergaji. Kuncinya adalah ‘Repitition Magic Power’, iaitu mengulangkan perkara yang dilakukan. Pengulangan ini berguna untuk membentuk tabiat baru dan tabiat ini yang akan membentuk karakter yang ada pada diri kita.
-
Profil Coach
Dr. (H.C.) Ary Ginanjar Agustian CoachDr. (HC) Ary Ginanjar Agustian adalah pengarang tokoh inovatif dan inspirasi buku ESQ terlaris yang telah terjual lebih dari 2.5 juta salinan. Dia juga merupakan tokoh di sebalik kejayaan Latihan ESQ fenomenal dengan alumni lebih daripada 1.7 juta orang yang tersebar di pelbagai negara di seluruh benua.
Terlibat secara langsung dalam dunia perniagaan, salah satu pencapaiannya ialah menjadikan ESQ Tour Travel sebagai Jelajah Terbaik Dunia. Dia juga aktif sebagai seorang akademik melalui kampus emas yang dia tubuhkan ESQ Business School. Menubuhkan Menara 165 dengan 27 tingkat sebagai pusat pengembangan watak dan budaya nasional. Sebagai tokoh intelektual, dia juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga di ICMI selama beberapa tempoh.
Dr. (H.C) Ary Ginanjar Agustian memperlihatkan dirinya sebagai tokoh berbakat, bermula dari seorang pemikir, motivator, ahli perniagaan, ahli akademik dan atlet. Pencapaian dalam bidang sukan adalah pemenang pingat perak dalam sukan Karate pada PON 12 pada tahun 1999 dan Juara Dunia Samurai Nakamura Ryu Battodo di Jepun pada tahun 2009. Kegiatan dalam pelbagai organisasi seperti Jujitsu Indonesia Board of Trustees dan FC Patriot 165.
RM 200
RM 19
Pakej ini merangkumi :
Sijil :
Info :